Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts
Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts

Thursday, 19 June 2014

Ikan kembung Percik

Assalamualaikum, hari ni telah masuk hari ke 5 pemergian ayah menghadap Penciptanya..walaupun ayah tidak besarkan kami adik beradik, namun kami tetap hormatinya sebagai seorang ayah kerana dalam setiap tubuh kami, tetap mengalir darahnya. Ayah pergi pada 15/6/2014 iaitu pada hari bapa.Aku rasakan terlalu cepat masa berlalu, mmg tidak dinafikan ade rasa kesal juga tidak mencari dimana ayah tinggal sewaktu menerima perkhabaran bahawa dirinya di serang angin ahmar. sememangnya kami tdak merasai kasih sayang dr seorng ayah sejak kecil lagi..namun ianya telah berlalu, tidak pernah ada dendam dalam hati untuk membenci ayah..kami terima ketetapan Ilahi ini dengan redha.buktinya, kami adik beradik tidak hanyut tenggelam dengan kekurangan kasih sayang itu.Alhamdulillah, semuanya pandai membawa diri.

hmmm, yang pergi biarlah pergi...usah ditangisi dan dikesali..doakan sahaja agar rohnya sentiasa aman di sana..Dan aku yang masih bernafas ini, meneruskan rutin ku seperti biasa, mnguruskan anak, suami dan juga meneruskan hobiku iaitu memasak dengan penuh kasih sayang untuk keluarga ku.Resepi yang aku ingin simpan dalam blog aku pada hari ini ialah ikan kembung percik. resepi ni asalnya dari pantai timur,macam2 vrsi ada, ada yang ltak belacan,air asam jawa, susu cair emm, macam2 ada...okey, rasanya xperlu bercelote panjang lebar, jomlah kita lihat resepi nya yang sangat mudah, dan sangt sedap ini.



IKAN KEMBUNG PERCIK


Bahan-Bahan

Bahan A

2 ekor ikan kembung
1 sudu kecil garam

Bahan B

1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
15 ekor ikan bilis *
1/2 inci halia *
2 batang serai * 
1/2 inci kunyit *
1/2 inci lengkuas *
1 sudu makan cili kisar
1 helai dan kunyit di hiris nipis
1 sudu besar sos tiram
1 sd besar gula
1/2 cawan susu cair
secubit garam

Cara-cara

1.lumur ikan denga garam dan bakar sehingga masak
2. kisar semua bahan yang bertanda *
3.panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga layu, masukkan cili kisar, tumiskan lagi sehingga sedikit garing dengan api perlahan, sentiasa kacau takut nnti hangit.
4. masukkan sos tiram dan gula dan garam kacau sehingga sebati
5. masukka susu dan taburkan daun kunyit. siap untuk dihidangkan.