ABOUT

Assalamualaikum..

Hi, selamat berkenalan kepada semua blogger di luar sana. Saya dhiya berumur 31 tahun, seorang part time house wife. mempunyai 2 orang anak, seorng puteri dan seorang putera. Saya memang sangat suka memasak sejak dari sekolah rendah lagi. Mungkin juga faktor saya dijaga oleh ibu saudara yang saya panggil Mak Ngah sejak kecil dan beliau mempunyai 5 orang anak dan hanya seorang sahaja anak perempuan. Anak perempuan Mak ngah tinggal di Ipoh selepas berkahwin, jadi  hanya saya yang sentiasa membantu Mak Ngah didapur. Masa kecik2 dulu mmg agak malas nak kedapur, tapi bila sentiasa di suruh, dah jadi kebiasaan pula..ibarat pepatah alah bisa tegal biasa. Bila dah besar walaupun tinggal bersama kawan di rumah bujang, saya selesa memasak sendiri daripada makan diluar..bukan  tiada langsung makan dikedai, tapi saya lebih kerap memasak walaupun hanya makanan simple seperti telur mata masak sambal, atau ikan gorng sambal, saya sangat berselera mnikmatinya. Biasanya kalo makan di luar, saya xdpat habiskan makanan tersebut. saya pun xtahu kenapa..dah jadi tabiat, bila makan diluar mesti xhabis..kan membazir tu...

Blog ini akan menjadi tempat saya lepaskan perasaan suka, duka, stress, dan juga akan menjadi tempat saya menyimpan resepi2 yang sgt sedap pada tekak saya dan keluarga. Saya berharap kita dapat sama2 jalinkan ukhuwah persaudaraan dialam maya ini. 

No comments:

Post a Comment